SUNNAH AQIQAH

"Setiap bayi tergadai dengan aqiqahnya disembelihkan (kambing) untuknya pada hari ke-7, dicukur, dan diberikan nama." [HR. Abu Daud no2838, at-Tarmidzi no1522, Ibnu Majah no3165]

Nazar Al-Mujazah

Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata :  “Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing”. Borang untuk BerNazar boleh didapati di Butang "Klik Untuk Borang (PDF)" di atas. Terima Kasih.